fbpx

Polis sahkan suami tidak terlibat kes kematian tiga beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang wanita bersama dua anaknya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas di sebuah rumah di Lenggeng, malam kelmarin.

SEREMBAN – Kematian seorang wanita bersama dua anaknya yang berusia enam dan tiga tahun yang ditemui tergantung di kipas di sebuah rumah di Lenggeng akibat berlaku mampatan pada bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, daripada laporan bedah siasat mendapati mangsa wanita yang berumur 34 tahun mengalami kecederaan ‘neck compression due to hanging’.

“Dua kanak-kanak perempuan pula mengalami ‘neck compression’,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Malik berkata, siasatan polis setakat ini mendapati, suami si mati yang juga juruteknik tidak terlibat secara langsung dengan kejadian tersebut.

“Tiada suspek lain juga terlibat, bagaimanapun siasatan lanjut akan terus dilakukan. Motif kejadian si mati yang merupakan suri rumah membunuh diri kerana masalah rumahtangga yang dialami,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang wanita bersama dua anaknya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas di sebuah rumah di Lenggeng, malam kelmarin.

Hasil siasatan awal mendapati si mati seorang wanita berumur 34 tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia tiga serta enam tahun dijumpai mati tergantung di kipas dan pihak polis turut menemui satu nota di tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI