PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.
Seri Paduka Baginda bertitah, Allahyarham seorang tokoh yang telah membawa impak cukup besar dan akan sentiasa dikenang terutama oleh rakyat Bumi Kenyalang.
Abdul Taib yang merupakan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak meninggal dunia sekitar pukul 4.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE