fbpx

Lebih 400 titik panas dikesan di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 30 Mac 2023 menunjukkan sebuah helikopter menggugurkan bom air pada lokasi titik panas kebakaran hutan di Gunung Khao Laem, wilayah Nakhon Nayok, Thailand. -- AFP

BANGKOK – Thailand bergelut untuk menangani lebih 400 titik panas dengan tumpuan tertinggi dicatatkan di wilayah Chiang Mai, Lampang dan Mae Hong Son, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Sebagai perbandingan, negara-negara jiran turut menghadapi cabaran serupa termasuk Myanmar yang mencatatkan 3,065 titik panas, Kemboja (1,341), Laos (704) dan Vietnam (414), setakat 18 Februari lalu.

Agensi Pembangunan Teknologi Geo-Informatik dan Angkasa (GISTDA) melaporkan bahawa sebahagian besar daripada 423 titik panas yang dikesan di Thailand melibatkan hutan pemuliharaan (161 titik panas), hutan simpan negara (138 titik panas), kawasan pertanian (49 titik panas) dan tanah Sor Por Kor (46 titik panas), juga setakat 18 Februari lalu.

Baki sebanyak 25 titik panas lagi ditemui di komuniti dan kawasan lain, serta empat di sepanjang beberapa lebuh raya.

Chiang Mai muncul wilayah paling teruk terjejas, dengan 46 titik panas direkodkan, diikuti wilayah Lampang dan Mae Hong Son yang masing-masing merekodkan sebanyak 43 titik panas yang dikenal pasti.

Angka-angka tersebut menunjukkan peningkatan ketara dalam kawasan panas dan ia berpotensi memburukkan lagi kualiti udara dan meningkatkan risiko kebakaran hutan di Thailand.

Situasi itu juga dibimbangi membawa kesan buruk kepada ekosistem, pertanian dan kesihatan manusia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI