fbpx

Jenazah Abdul Taib dibawa ke Masjid Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Abdul Taib di bawa ke Masjid Negara pagi ini.

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, 87, dibawa ke Masjid Negara di sini bagi tujuan pengurusan kematian dan penghormatan terakhir.

Jenazah dibawa ke Masjid Negara dari sebuah hospital swasta menggunakan kenderaan milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada pukul 9.05 pagi untuk disolatkan sebelum dibawa ke Kuching bagi disemadikan.

Ahli keluarga dan sahabat Allahyarham termasuk Timbalan Menteri Ekonomi yang juga anak perempuan beliau, Datuk Hanifah Hajar Taib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof turut berada di pekarangan hospital berkenaan.

Abdul Taib meninggal dunia sekitar jam 4.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Berita duka pemergian Abdul Taib ke rahmatullah disahkan Hanifah yang juga anak bongsu beliau di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI