fbpx

Janda terpedaya ‘love scam’, rugi RM7,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA membuat laporan di balai polis selepas menyedari dirinya selama ini telah ditipu. – Khaosod

BANGKOK –  Seorang wanita di wilayah Udon Thani ditipu hampir 50,000 baht (RM6,680) selepas diperdaya seorang lelaki yang berpura-pura jatuh cinta padanya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Mangsa  berusia 52 tahun dan mengenali suspek, Suradech (bukan nama sebenar) pada September 2022 menerusi laman Facebook.

Suspek menyamar sebagai pengarah sebuah kolej vokasional terkenal di Udon Thani dan sering memberi perhatian serta melayan mangsa dengan baik.

Mangsa yang kesunyian selepas kematian suaminya mula terpedaya dengan perhatian yang diberikan sehingga dia mula memberikan  wang kepada lelaki itu.

Suradech dikatakan memberi pelbagai alasan kecemasan seperti kereta rosak dan kehilangan wang.

Ia membuatkan mangsa meminjamkan wang beberapa kali dengan jumlah keseluruhan sebanyak 50,000 baht.

Bagi menguatkan kepercayaan mangsa, Suradech memberikan kad bank miliknya kepada wanita itu dengan mendakwa bahawa gajinya akan masuk ke dalam akaun tersebut untuk membayar semula hutangnya.

Namun, pada hari yang dinantikan, mangsa terkejut apabila mendapati akaun bank tersebut hanya mempunyai baki wang 85 baht (RM11.36) sebelum suspek menghilangkan diri dan gagal dihubungi pada Januari 2023. 

Menyedari dirinya ditipu, mangsa melaporkan kejadian itu kepada polis dan beharap agar Suradech dapat dikesan atau dikenakan hukuman setimpal. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI