fbpx

EPL: Salah alami kecederaan hamstring?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (kiri) mungkin disisihkan untuk aksi bertemu Luton awal pagi esok disebabkan masalah kecergasan. – AFP

LIVERPOOL – Tahap kecergasan Mohamed Salah sekali lagi membawa khabar kurang gembira buat Liverpool apabila dilapor­kan bakal terlepas aksi dengan Luton Town di Anfield awal pagi esok.

Menurut laporan media di Mesir, Salah sekali lagi dipalit masalah kecederaan hamstring sewaktu tampil cemerlang ketika menentang Brentford pada Sabtu lalu.

Tonggak pertahanan The Reds, Virgil Van Dijk menjelaskan, Liverpool kini tiada pilihan lain kecuali harus segera menyesuaikan diri dengan deretan masalah kecederaan pemain.

“Semua ini (masalah kece­deraan) adalah di luar kawalan. Kami tidak boleh menafikan ketika ini kami hilang ramai pemain utama ekoran kecederaan, namun perlu segera menyesuaikan diri.

“Kredit juga wajar diberikan kepada semua pemain yang bijak ambil peluang dan kami sebenarnya menagih sumbangan semua orang untuk terus bersaing. Kami masih bersaing dalam semua pertandingan dan kami kena kekalkan aksi terbaik sehingga penghujungnya.

“Kami tidak boleh alih perhatian daripada permainan bola sepak. Kami memiliki kualiti ­untuk menghukum pasukan lawan seperti yang kami tunjukkan pada pertemuan dengan Brentford,” katanya.

Pada aksi dengan Brentford sebelum ini, Salah yang dimasukkan sebagai pemai gantian menyumbangkan satu gol dan mencipta bantuan jaringan kepada Alexis Mac Allister.

Ketika ini, The Reds sudah pun hilang khidmat ramai pemain utama seperti Thiago Alcantara, Trent Alexander-­Arnold, Dominik Szoboszlai dan Joel Matip kerana masalah ­kecederaan.

Terbaharu yang mengalami masalah sama dan terpaksa dipinggirkan adalah Diogo Jota, Darwin Nunez dan Curtis Jones. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI