fbpx

Anwar beri penghormatan terakhir jenazah Taib Mahmud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Abdul Taib di Pangkalan Tentera Udara Subang hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penghormatan terakhir kepada jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud di Pangkalan Tentera Udara Subang hari ini.

Anwar dalam satu hantaran di media sosial berkata, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Kuching, Sarawak untuk dikebumikan dengan Istiadat Pengkebumian Negeri di Demak Jaya, esok.

“Sekali lagi, saya mewakili Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengutuskan salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Tun Pehin Sri (Abdul Taib),” kata Perdana Menteri.

Abdul Taib yang merupakan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak meninggal dunia sekitar pukul 4.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI