PETALING JAYA – Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia sekitar jam 4.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Berita duka pemergian Abdul Taib ke rahmatullah disahkan anak bongsu beliau, Datuk Hanifah Hajar Taib di Facebook hari ini.
“Kembalinya ayahanda Datuk Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud kepada penciptaNya, lebih kurang 4.40 pagi, 21 Februari 2024 bersamaan 11 Syaaban 1445 Hijrah.
“Pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak.
“Semoga rohnya tempatkan di bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE