fbpx

100 tapak sampah haram di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suee Lim ( baju kemeja putih) ketika meninjau tapak pelupusan sampah haram di Sungai Serdang, Kapar, Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Lebih 100 tapak sampah haram dikesan masih beroperasi di sekitar Selangor, setakat ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, ini berikutan terdapat sebilangan premis masih menggunakan kontraktor haram bagi menjalankan aktiviti pembuangan sampah tersebut.

Katanya, antara lokasi tapak sampah haram adalah di Klang, Serdang dan Gombak.

“Justeru, kita mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih tegas dalam menangani pemasalahan ini.

“Para pengusaha premis turut diberikan amaran agar tidak menggunakan kontraktor yang tidak berdaftar dengan PBT,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak menolak isu pembuangan sampah haram sukar ditangani disebabkan penglibatan sindiket tertentu.

Justeru, kata Suee Lim, beliau akan mencadangkan bagi pindaan undang-undang kecil Majlis Kerajaan Tempatan bagi meningkatkan hukuman kepada penjara sehingga dua tahun kepada pembuang sampah ini.

“Kita beri amaran kepada yang terlibat agar tidak membuang sampah merata-rata termasuk di tapak pelupusan sampah. Kita akan terjah termasuk mengenalpasti mana-mana pemilik tanah yang membenarkan berlakunya aktiviti ini secara tidak langsung,” ujarnya.

Mengulas mengenai tapak pelupusan Sungai Serdang, Kapar, beliau menjelaskan sebelum ini Majlis Bandaraya Diraja Klang(MBDK) telah menjalankan penguatkuasaan enam kali dan menyita lori.

“KDEB Waste Management (KDEBWM),juga telah mengeluarkan 700 tan sampah sejak 2021 namun pembuangan sampah masih tidak selesai dan berlaku kebakaran.

“Berikutan itu, kita telah menyerahkan notis 7A kepada pemilik tanah bagi memastikan kejadian sama tidak berulang atau mereka berdepan dengan tindakan rampasan tanah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI