PETALING JAYA – Seramai 3.61 juta rakyat negara ini sudah mengemas kini maklumat dan mendaftar dalam Pangkalan Data Utama (Padu), setakat pukul 11.59 malam tadi.
Jumlah tersebut memperlihatkan pertambahan sebanyak 50,000 individu berbanding 3.56 juta pendaftar yang direkodkan pada Ahad lalu.
Menerusi laman Facebook PADU Official, jumlah tersebut dikeluarkan berdasarkan sumber data pentadbiran yang telah dikemas kini.
“Tempoh dibuka untuk dikemas kini adalah bermula 2 Januari lalu sehingga 31 Mac depan.
“Selangor, Sarawak dan Johor masih lagi kekal sebagai tiga negeri teratas dengan memilik jumlah pendaftar melebihi 350,000 orang,” katanya. – KOSMO! ONLINE