fbpx

Penuntut IPT ditemui lemas di Lata Hammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa lemas di Air Terjun Lata Hammer di Bentong, hari ini.

BENTONG – Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor yang dilaporkan hilang ketika beriadah di air terjun Lata Hammer dekat Jalan Lama, Bentong-Gombak Ahad lalu, ditemui lemas hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Mohd Shafie Sulong berkata, mayat Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, dari Kampung Cheringin, Janda Baik, dekat sini, ditemui penyelamat kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.

“Pasukan penyelamat menemui mangsa dalam keadaan terapung lebih kurang lima meter dari tempat mangsa dipercayai lemas dan dibawa keluar dari kawasan air terjun untuk diserah kepada pihak polis,” katanya, di sini hari ini.

Dalam kejadian Ahad lalu, kegembiraan lapan sahabat beriadah di air terjun Lata Hammer bertukar tragedi selepas salah seorang daripadanya dikhuatiri lemas.

Difahamkan salah seorang rakan mangsa memaklumkan sebelum kejadian, dua wanita yang tidak dikenali hampir lemas namun berjaya diselamatkan oleh pengunjung.

Dalam keadaan kelam kabut, mereka mendapati salah seorang rakan iaitu mangsa, hilang ketika berada di kawasan air tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI