fbpx

Pasport 6 negara paling berkuasa tahun 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasport Jepun dan Singapura mendominasi kedudukan teratas sejak lima tahun lalu. - Getty

LONDON – Enam negara terikat di kedudukan teratas dalam senarai pasport paling berkuasa di dunia pada suku awal 2024, lapor saluran berita CNN. 

Rakyat Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Singapura dan Sepanyol boleh memanfaatkan akses tanpa visa atau dengan visa ke 194 destinasi di seluruh dunia.

Bilangan destinasi boleh dikunjungi rakyat enam negara itu adalah paling tinggi pernah direkodkan sejak Indeks Pasport Henley mula menjejaki kebebasan perjalanan global 19 tahun lalu.

Indeks itu disediakan sebuah firma penasihat kewarganegaraan global dan kediaman, Henley & Partners menggunakan data daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Jepun dan Singapura mendominasi kedudukan teratas sejak lima tahun lalu, namun senarai lima teratas pada 2023 menunjukkan kejayaan bagi negara-negara Eropah.

Finland, Belanda, Sweden dan Korea Selatan terikat di tempat kedua dengan rakyat negara itu boleh melakukan perjalanan ke 193 destinasi. 

Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pula terikat di kedudukan ke-12 dengan rakyatnya boleh mengunjungi 183 destinasi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI