fbpx

Lelaki cari pemilik asal RM50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wang RM50 yang bertulis nota pendek.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mencari pemilik sekeping duit RM50 yang bertulis satu nota ringkas.

Menurut perkongsian lelaki tersebut di Facebook Tuah Lim, duit tersebut diterima ketika mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Gambang, Pahang.

Tuah Lim turut berkongsi gambar wang kertas itu yang bertulis ‘Duit last ayah bagi, 11/5/2020 Al-Fatihah’.

“Kot-kot ada pemilik asal nak semula duit ini. Dapat daripada mesin ATM,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna meluahkan rasa sebak dan berharap agar pemilik asal wang tersebut dapat ditemukan.

“Kalau kita lihat nilai duit itu, memang besar. Tapi bila tengok apa yang ditulis, lagi besar nilainya bagi individu itu,” kata Siko.

“Nampak duit itu cantik lagi, mesti empinya itu simpan elok-elok tapi terpaksa juga guna sebab hidup sekarang ini tak mudah. Kita orang luar pun rasa sakit tengok, tak tahulah macam mana empunya terpaksa hadap,” kata Norhayati.

“Kalau ikut tarikh tu, tarikh kita PKP. Mesti sebab PKP dia terpaksa guna duit ini. Mungkin juga ayahnya pergi sebab Covid-19. Besar ujian dia,” kata Leen.

“Saya yang isi minyak pakai duit ini. Duit ini saya dapat dari seoranv pak cik di Sungai Isap. Dia pun tak tahu dapat daripada mana, payahlah nak jumpa pemilik asal. Semoga berhasil bertemu dengan pemilik,” kongsi Norashikin.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah dikongsi lebih 6,000 kali dan mendapat 4,300 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI