fbpx

KPDN siasat jika wujud kartel industri padi, beras negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika berucap pada sesi libat urus Prakarsa Pendayaupayaan Penggunaa (3P-KPDN), hari ini. - Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan akan melaksanakan siasatan sekiranya wujud aktiviti kartel industri padi dan beras di negara ini.

Menterinya, Datuk Mohd. Armizan Ali berkata, pihaknya melalui Suruhanjaya Persaingan (MyCC) sentiasa terbuka menerima sebarang maklumat dari semua pihak untuk melakukan penyiasatan berhubung perkara berkenaan.

“Sejak berkuat kuasa Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, bidang kuasa kawal selia berkaitan industri padi negara ini terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Ada isu-isu yang disebut kartel beras, melalui MyCC kita terbuka sekiranya KPKM mempunyai maklumat salurkan kepada MyCC dan kita akan laksanakan penyiasatan,” katanya kepada pemberita selepas libat urus Prakasa Pendayaupayaan Pengguna (3P-KPDN), di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan, cadangan mewujudkan Beras Putih Malaysia Madani akan membantu negara dalam menyekat campur tangan kartel terhadap industri beras sekali gus memastikan jaminan kepada bekalan makanan ruji rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehubungan itu, beliau menyangkal dakwaan yang mengatakan cadangan tersebut dikatakan akan menyokong tindakan kartel beras di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI