fbpx

KKR peruntuk RM293.7 juta selenggara infraskruktur di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander ketika mengadakan pertemuan dgn Onn Hafiz, semalam.

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya telah meluluskan peruntukan kira-kira RM293.7 juta bagi perlaksanaan kerja-kerja penyenggaraan jalan, cerun dan bangunan Persekutuan di seluruh negeri Johor pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selain peruntukan tersebut, pihaknya turut meluluskan 11 projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) melibatkan kos sebanyak RM2.14 billion.

Beliau berkata, pelaksanaan semua inisiatif ini bertepatan dengan lima inisiatif Ikrar Tindakan KKR di bawah Kerangka Strategii Malaysia Madani (KSMM) yang dibentangkan dalam sesi permukiman Jemaah Menteri pada 18 Januari lalu.

“Usaha proaktif ini juga adalah antara yang saya tekankan dalam membawa misi program MYJalan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada Ogos tahun lalu.

“Saya amat berbesar hati dengan pelawaan Dato’ Onn Hafiz untuk menjalinkan kerjasama erat di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan melalui siri jelajah MYJalan dengan pemilihan Negeri Johor sebagai negeri pertama bagi jelajah itu.

“Terima kasih Dato’ Onn Hafiz atas sokongan ini dan pasukan KKR akan melaksanakan siri jelajah ini dalam masa terdekat dengan perinciannya akan saya kongsikan kelak,” tulisnya di laman Facebook, hari ini.

Tambah beliau, melalui siri jelajah itu nanti, pihaknya berharap matlamat program ini dalam memberikan advokasi yang tepat.

Selain itu katanya, aplikasi MYJalan juga dapat menjadi sumber data bagi pelaksanaan tindakan yang pantas merentas kementerian, negeri, agensi, pihak berkuasa tempatan serta syarikat konsesi.

“Inilah amanah dan tanggung jawab yang kita pikul bersama demi memastikan keselamatan dan keselesaan rakyat Malaysia Madani,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI