fbpx

Keluarga bina kubur mewah RM367,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebelum memasuki kubur tersebut, terdapat dua patung yang diletakkan di sebelah kiri dan kanan pintu masuk sebagai penanda arah menuju ke lokasi kubur. – Okezone/MPI

JAKARTA  –  Satu kawasan perkuburan yang dibina khas untuk sebuah keluarga di Binjai, wilayah Sumatera Utara menjadi perhatian ramai kerana menelan kos 1.2 bilion rupiah (RM367,133), lapor portal berita Okezone.

Terletak di Kampung Namu Ukur Selatan, kubur milik keluarga Sitepu itu menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi.

Kawasan kubur tersebut seluas 12 meter dan berukuran 15 meter panjang.

Kos pembinaannya sangat mahal kerana menggunakan bahan seperti granit, ukiran granit, genting dan  ukiran patung termasuk menggambarkan seseorang sedang dikebumikan.

Kerja membina kubur tersebut mengambil masa selama hampir setahun setengah disebabkan kesukaran mendapatkan bahan binaan.

Sebelum memasuki kubur tersebut, terdapat dua patung yang diletakkan di sebelah kiri dan kanan pintu masuk sebagai penanda arah menuju ke lokasi kubur. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI