fbpx

Jurutera halang tugas polis, didenda RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Gara-gara menghalang tugas anggota polis dengan enggan mengemukakan dokumen pengenalan diri dan mengeluarkan kata-kata provokasi, seorang jurutera didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh B. Karthikeyan, 31, mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, lelaki itu boleh dipenjara selama sebulan dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Karthikeyen didakwa didakwa telah sengaja menghalang Inspektor KV. Suresh (Pegawai Kanan Polis) untuk menjalankan tugas dengan cara enggan memberikan kerjasama semasa diminta mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Tertuduh turut mengeluarkan kata-kata kasar berunsur provokasi semasa ditanya mengenai laporan polis yang pernah dibuat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di cawangan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini pukul 5 pagi pada 17 Februari lalu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Peguam SK Loges Kesavan memohon mahkamah mengenakan hukuman denda rendah kerana tertuduh menanggung keluarga selain kesalahan yang dilakukan merupakan kesalahan pertama.

“Tertuduh telah insaf dan kesal terhadap kesalahan yang dilakukan. Pengakuan bersalah tertuduh juga telah menjimatkan masa mahkamah,” kata peguam itu.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Sareeka Balakrishnan memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh agar tidak melakukan kesalahan yang sama.

Dalam pada itu, di mahkamah sama tertuduh turut didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan lain iaitu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri (kad pengenalan) untuk pemeriksaan pihak polis di tempat, waktu dan tarikh yang sama.

Pertuduhan itu adalah mengikut bawah Peraturan 25(1)(N) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Mageswary kemudian membenarkan Karthikeyan diikat jamin RM800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Mac bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI