fbpx

Hujan hampir di seluruh Semenanjung hingga malam ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan amaran itu dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga 9 malam ini.

Katanya, amaran itu dikeluarkan bagi seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya.

“Amaran turut dikeluarkan di beberapa daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Selain itu, cuaca sama juga diramal melanda daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak,” katanya di sini tadi.

Tambah hantaran itu, amaran ribut petir itu juga dijangka berlaku di Pahang iaitu di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

“Di Negeri Sembilan pula, amaran sama dikenakan bagi daerah Seremban dan Port Dickson.

“Selain itu, hujan lebat juga dijangka melanda Johor dan amaran telah dikeluarkan di Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI