fbpx

Guardiola mohon maaf kutuk Phillips

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHILLIPS

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola telah memohon maaf kepada Kalvin Phillips kerana mengkritik secara terbuka mengatakan pemain tengah itu ‘berlebihan berat badan’ selepas kembali daripada Piala Dunia Qatar 2022.

Guardiola memberikan komen tersebut dalam sidang akhbar pada Disember 2022 dengan menjelaskan sebab utama Phillips tidak tersenarai bersama pasukannya untuk perlawanan pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Liverpool.

Phillips tanpa berselindung mengakui, kenyataan tersebut secara tidak langsung menjadi punca keyakinannya merudum.

Bagaimanapun, Guardiola tampil menjelaskan kekesalannya mendedahkan berat badan Philips kepada umum.

“Ya, saya minta maaf,” kata Guardiola.

Dalam masa sama, Guardiola menegaskan, beliau sudah pun bercakap perkara berkenaan dengan pemain tengah berusia 28 tahun itu yang kini menyertai West Ham United secara pinjaman sejak bulan lalu.

Begitupun, impak kenyataan tersebut boleh dikatakan masih lagi dirasai oleh Phillips yang kini mengharungi permulaan sukar sejak menyarung jersi West Ham.

Bekas pemain tengah Leeds United itu memberikan gol ‘percuma’ kepada Bournemouth ketika West Ham seri 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), 1 Februari lalu.

Dia kemudiannya sekali lagi menjadi punca ketika The Hammers tewas 0-3 kepada Manchester United tiga hari kemudian sebelum diarahkan keluar padang selepas mengutip dua kad kuning sewaktu kalah 0-2 di tangan Nottingham Forest baru-baru ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI