fbpx

Difitnah lakukan aktiviti ‘swinger’, Emma Maembong tak melatah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMMA Maembong dan suami dipetik sebagai pasangan selebriti yang melakukan aktiviti 'swinger'.

PETALING JAYA – Heboh dalam media sosial apabila pelakon popular, Emma Maembong didakwa terlibat dengan aktiviti tidak senonoh, ‘swinger’ atau bertukar-tukar pasangan untuk tujuan seks.

Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail, ketika ditemui Kosmo! Online bagaimanapun mengambil pendekatan bertenang dan tidak melatah dengan tuduhan tersebut. Dia enggan melayan gosip yang disifatkan langsung tidak berasas.

Kata Emma, jika benar dia dan juga suami, Muhammad Shazli Azhar melakukan aktiviti tidak bermoral seperti yang didakwa ramai, sudah tentu namanya akan tular sejak dahulu lagi.

“Orang akan cakap saya macam-macam. Kalau perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya, buat apa saya respons? Saya tidak akan layan pun.

“Saya tidak melatah sebab tuduhan itu memang tidak benar. Kalau betul, dari dulu lagi saya sudah viral (tular),” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengakui sedar namanya dipetik, pelakon berusia 32 tahun itu bagaimanapun memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut kerana enggan anak-anaknya terganggu dengan cerita kurang enak itu apabila mereka meningkat dewasa dan sudah pandai membuat carian dalam internet.

Bahkan, Emma berkata dirinya sudah ‘kebal’ dengan pelbagai tuduhan dan fitnah sejak bergelar artis sekitar 12 tahun lalu.

“Saya sudah ada anak. Jadi saya tidak mahu nanti anak saya membesar dan baca berita tidak elok tentang ibu mereka. Kalau perkara kitu benar, saya sendiri akan cakap sama ada betul atau tidak.

“Banyak lagi kontroversi yang datang ‘tembak’ saya sejak dulu lagi. Sebelum berkahwin lagi saya akan cuba elak sebaik mungkin terpalit dengan macam-macam cerita.

“Saya manusia biasa dan bukannya robot yang tidak buat apa-apa. Sebenarnya saya dengan fitnah sudah seperti bestfriend (kawan baik),” katanya.

Emma yang ditemui semasa majlis doa selamat dan sidang media filem Jangan Pandang Belakang 2, di sini, semalam bagaimanapun berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, sekiranya fitnah yang dilemparkan kepadanya melampaui batas.

“Saya sebenarnya malas nak layan. Tapi kalau melampau sangat, saya akan ambil tindakan undang-undang.

“Namun bila saya fikir balik, kalau saya saman, mereka ada duit ke nak bayar? Jadi saya tidak mahu isu ini dipanjangkan,” jelasnya.

Biarpun diserang dengan fitnah bertubi-tubi, Emma tetap bersyukur kerana tuduhan tersebut tidak menjejaskan kebahagiaan rumah tangganya bersama suami, malah masih terjaga dan bahagia.

Disoal respons suaminya tentang isu tuduhan tersebut, pelakon drama One Million Voice itu pernah mengingatkan lelaki itu supaya bersedia dengan risiko apabila bernikah dengan seorang wanita berstatus selebriti (pelakon).

“Ketika kami merancang untuk berkahwin, saya cakap terus terang dengan suami, bahawa dia akan bernikah dengan seorang pelakon.

“Bila ada gosip yang tular, jangan cepat melatah. Tapi kadang-kadang dia geram juga, namun saya cakap padanya, jangan balas,” kata Emma.

Terdahulu, timbul dakwaan seorang artis wanita berkulit putih gebu dan memiliki dua cahaya mata didakwa terlibat dalam aktiviti bertukar pasangan untuk melakukan hubungan seks.

Malah, dakwaan tersebut mengatakan ketika artis terbabit sedang hamil lapan bulan, dia telah menawarkan rakannya untuk melakukan seks dengan suaminya. Gara-gara itu, nama Emma dan suami dipetik sebagai individu yang dimaksudkan.

Emma mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Shariq yang kini berusia tiga tahun dan Shakil Aryan Shah, setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI