fbpx

Buaya berkeliaran di kawasan perumahan, masuk rumah wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menggunakan tali untuk mengikat buaya itu. - Julianto

JAKARTA – Penduduk sebuah kompleks perumahan di Bantul, Indonesia gempar selepas seekor buaya sepanjang 2 meter berkeliaran di kejiranan mereka, lapor laman berita Suara.com.

Reptilia itu dilihat di sebatang jalan di kawasan perumahan itu sebelum memasuki rumah milik seorang penduduk, Henny Sulistyowati melalui garaj.

Ketua Badan Tindak Balas Bencana Daerah (BPBD) Bantul, Irawan Kurnianto berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

“Buaya itu terlepas dari sebuah kandang dan berkeliaran,” katanya.

Pihaknya kemudian menghantar empat anggota bomba untuk menangkap buaya itu. Ketika cuba menangkapnya, mulut dan kaki buaya itu diikat untuk tujuan keselamatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI