BELUM pun sebulan mengusahakan sebuah restoran mewah di Mumbai, isteri kepada bintang tersohor, Shah Rukh Khan, Gauri berdepan kecaman netizen.
Bukan disebabkan hidangan atau layanan kurang memuaskan, sebaliknya ramai menganggap wanita popular itu bersikap tamak.
Pihak yang melayangkan kecaman dalam laman sosial berasakan Gauri tidak pernah berpuashati dengan kekayaan dimiliki keluarga.
Tidak cukupkah Gauri dengan kekayaan suami sebagai Raja Bollywood yang mendapat bayaran tertinggi setiap tawaran, selain sudah berada pada tahap jutawan?
Ibu kepada tiga anak itu sepatutnya menumpukan perhatian terhadap keluarga, selain syarikat produksi yang diusahakan bersama Shah Rukh Khan.
Pada masa sama rata-rata meminta Gauri membuka ruang kepada usahawan lain yang lebih dulu mengusahakan restoran berkonsep serupa.