fbpx

Bayern sukar pertahan trofi Bundesliga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Bayern menunjukkan reaksi kecewa selepas Upamecano (lima dari kanan) diberikan kad merah, sekali gus menjadi antara punca kekalahan kepada Bochum. – AFP

BOCHUM – Ketua jurulatih Ba­yern Munich, Thomas Tuchel seakan sudah mengibarkan bendera putih untuk menjuarai sai­ngan Bundesliga musim ini selepas ketinggalan lapan mata di belakang Bayer Leverkusen kendalian Xabi Alonso di tangga teratas.

Bayern merekodkan kekalahan ketiga berturut-turut dalam tiga aksi terakhir mereka termasuk tewas 2-3 kepada VfL Bochum dalam saingan Bundesliga di Vonovia Ruhrstadion awal pagi semalam.

Ini adalah kali pertama The Bavarians tewas tiga perlawanan berturut-turut sejak 2015 yang mana ketika itu mereka tersingkir di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara di tangan Barcelona dan saingan Piala Jerman kepada Borussia Dortmund.

Bagaimanapun, Tuchel, 50, bertekad untuk memastikan pasukannya kembali mencabar seperti dilakukan mereka musim lalu selepas mengesahkan kejuaraan liga pada perlawanan terakhir saingan.

“Kami tidak pernah putus harapan, buktinya anda sudah melihatnya musim lalu apabila kami berjuang habis-habisan sehingga ke perlawanan
terakhir.

“Kami akan melakukan perkara sama walaupun realistiknya ia agak sukar. Kami akan berusaha dalam baki 12 perlawanan ter­akhir musim ini,” katanya.

Bayern membuka tirai ja­ringan menerusi Jamal Musiala pada minit ke-14, namun segala­nya berubah selepas itu apabila Bochum berjaya meledak tiga gol melalui Takuma Asano (m-38), Keven Schlotterbeck (m-44) dan Kevin Stoger (m-78).

Biarpun Harry Kane berjaya merapatkan jurang di penghujung perlawanan, tetapi ia sudah terlambat buat Bayern yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Dayot Upamecano dila­yangkan kad merah pada minit ke-76. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI