fbpx

Bapa keluar tangkap ikan ditemui lemas di Sungai Semantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TEMERLOH – Seorang lelaki yang keluar menangkap ikan di Sungai Semantan ditemui lemas di sungai berkenaan berhampiran Kampung Kuala Kaung, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, polis menerima aduan daripada anak perempuan mangsa mengenai kehilangan bapanya berusia 57 tahun yang tidak pulang ke rumah selepas keluar menangkap ikan.

“Ahli keluarga pergi ke tempat mangsa selalu menangkap ikan dan menemui motosikal serta selipar miliknya dan teruskan pencarian yang berakhir dengan penemuan bot milik lelaki itu yang terbalik di tebing sungai,”katanya di sini hari ini.

Menurut Mazlan, operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan oleh pelbagai agensi terlibat itu menemui mayat mangsa pada pukul 4.10 petang serta dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hosas) Temerloh untuk bedah siasat,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI