fbpx

Maut tidak sempat buat pemeriksaan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal dinaiki Hasnah yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Chalok - Kampung Telaga Papan, Setiu haru ini.

SETIU – Hasrat seorang wanita warga emas untuk menjalani pemeriksaan kesihatan tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Chalok – Kampung Telaga Papan berhampiran Kampung Gong Terap di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 8.25 pagi itu, mangsa, Hasnah Abdullah, 60, maut akibat kecederaan parah pada bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, sewaktu kejadian, wanita tersebut yang menunggang motosikal dikatakan dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Kampung Rahmat di sini dari rumahnya di Kampung Telaga Papan, Setiu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan. Motosikal mangsa kemudiannya merempuh kerangka lori terbiar yang diletakkan di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Afandi berkata, pemeriksaan pegawai perubatan di lokasi kejadian mengesahkan Hasnah telah meninggal dunia dan mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI