fbpx

Tarik diri bertanding AJL38, Jamal Abdillah ada sebab lebih besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMAL Abdillah mengesahkan penarikan diri daripada AJL38.

PETALING JAYA – Impian peminat untuk melihat penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), tidak kesampaian selepas penyanyi itu mengesahkan pengunduran daripada pertandingan berprestij tersebut.

Jamal, 65, ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia terpaksa menarik diri daripada bertanding di pentas AJL38 menerusi lagu Kucuma, duet bersama penyanyi Wany Hasrita kerana terikat dengan komitmen lain.

“Betul, saya tarik diri AJL38 sebab ada acara yang telah diatur sebelumnya.

“Acara itu telah dipersetujui lebih awal dan saya tidak dapat menolaknya,” kata Jamal.

Selain terpaksa menarik diri disebabkan komitmen tersebut, pelantun Kekasih Awal Dan Akhir itu juga mempunyai beberapa sebab lain yang lebih besar, namun enggan didedahkan kepada umum.

“Selain kerana terbabit dengan program lain, ada beberapa sebab lebih besar yang tidak boleh saya kongsikan,” ujarnya.

Pada masa sama, Jamal turut mengakui sedikit ralat kerana tidak dapat berada di pentas AJL38 dan beraksi menyanyikan lagu Kucuma bersama wany Hasrita.

“Saya rasa ralat juga tak dapat menyertai AJL38. Antara artis muda, ada terselit saya pula. Tapi tidak mengapa, bukan rezeki saya,” katanya.

Dalam pada itu, Jamal enggan memberikan komen apabila disoal tentang ketiadaan wajahnya dalam video promosi AJL38 yang tular dalam media sosial.

“Tentang ketiadaan wajah saya dalam video promosi AJL38, saya tidak boleh komen apa-apa.

“Kalau tak ada (wajahnya), maksudnya tak adalah,” kata Jamal.

Terdahulu, tular dalam aplikasi X apabila netizen mempersoalkan ketiadaan wajah penyanyi legenda itu dalam video promosi AJL38.

Kata beberapa netizen, ketiadaan wajah bapa kepada penyanyi Osama Yamani dan Zaki Yamani itu adalah disebabkan beliau telah menarik diri.

Kucuma yang bakal bertanding di pentas AJl38 pada 3 Mac hadapan merupakan lagu yang dicipta sepenuhnya oleh komposer dan penulis lirik A. Ramlee dan Ezra Kong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI