fbpx

SZA jadi Muslim pertama menang Grammy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DALAM Grammy tahun ini, SZA menang Best Progressive R&B untuk lagu SOS, Best R&B Song untuk lagu Snooze dan Best Pop Duo/Group Performance menerusi lagu Ghost in the Machine.

PENYANYI SZA berbangga apabila menjadi artis Muslim pertama memenangi anugerah Grammy 2024 yang berlangsung baru-baru ini.

Lebih membuatkan SZA atau nama sebenarnya Solana Imani Rowe bangga apabila dia berjaya membawa pulang tiga kemenangan masing-masing menerusi kategori Best Progressive R&B untuk lagu SOS, Best R&B Song untuk lagu Snooze dan Best Pop Duo/Group Performance menerusi lagu Ghost in the Machine.

Ketika namanya diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Best R&B Song, penyanyi berusia 35 tahun itu berlari naik ke atas pentas dan menyatakan rasa syukurnya kepada Tuhan serta orang tuanya.

Menerusi temu bual bersama media, SZA berkata, statusnya sebagai penyanyi beragama Islam menjadi bukti dirinya diterima baik oleh industri muzik di Amerika Syarikat.

Pun begitu, SZA yang pernah tampil dengan imej berhijab suatu ketika dahulu, tidak boleh melupakan kenangan ketika zaman persekolahannya apabila pernah dipulaukan oleh rakan-rakan di sekolahnya, selepas tragedi serangan 11 September 2001.

Difahamkan, SZA dilahirkan dalam sebuah keluarga campur. Ibunya beragama Kristian, manakala bapanya pula merupakan seorang Muslim.

Bagaimanapun, SZA yang dilahirkan di sebuah bandar kecil di Missouri, telah diasuh dan menjalani kehidupan dengan mengamalkan ajaran Islam serta memakai hijab ketika zaman persekolahannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI