PETALING JAYA – Seorang remaja lelaki mencuri tumpuan netizen apabila menikahkan kakaknya baru-baru ini.
Menerusi rakaman berdurasi 27 saat yang tular di TikTok, remaja berusia 15 tahun itu melafazkan akad pernikahan kakaknya sambil diperhatikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.
Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak selain memuji keberanian remaja berkenaan menjalankan tanggungjawabnya.
“Bagus adik berani nikahkan kakak, lancar saja. Mesti kakaknya takkan lupa memori ini,” kata Sulaiman.
“20 tahun lepas adik bongsu nikahkan saya di usia beliau 15 tahun juga. Alhamdulillah,” kongsi Cikgu Mimie.
“Alhamdulillah terbaik adik. Aku ke hulu ke hilir urus wali. Masa nikah abang aku pas kat imam. Sabar sajalah,” kata Nida.
“Adik segak sangat sampai ramai salah faham ingatkan dia yang nikah,” seloroh Ujie.
Sehingga kini, video terbabit telah ditonton lebih 5.1 juta. – KOSMO! ONLINE
@kakmas7980selesai tugas adik usia 15thn nikahkan kakaknya🥹🥹❤️❤️