fbpx

Penolong penyelia pecah amanah RM39,476 guna untuk bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURSYANI dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar hari ini atas pertuduhan pecah amanah RM39,476 tahun lalu.

MUAR – Seorang penolong penyelia sebuah syarikat penghantaran wang dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini menggunakan wang RM39,476 milik syarikat untuk kepentingan peribadi, tahun lalu.

Tertuduh, Nursyani Athirah Shamsuddin, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suaibon.

Mengikut pertuduhan, Nursyani didakwa telah didakwa melakukan pecah amanah dengan menggunakan wang syarikat berjumlah RM39,476 untuk kegunaan sendiri. Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah syarikat di Parit Jawa, Muar pada antara 27 hingga 28 Julai 2023.

Difahamkan tertuduh tidak melakukan pemindahan wang tersebut dalam perbankan dalam talian untuk gunaan sendiri untuk bersalin.

Mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Muar setiap bulan. Mahkamah turut menetapkan 28 Mac depan sebagai sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI