fbpx

Mana ada Ziana Zain nikah dengan Ustaz Taufik!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi Ziana Zain masih single sekali gus menafikan dakwaan dia sudah berumah tangga dengan seorang lelaki bernama Ustaz Taufik.

PETALING JAYA – “Mana ada, Ziana Zain masih single sekarang.”

Demikian penjelasan pihak Ziana Zain mengenai khabar angin berterbangan dalam gelanggang media sosial bahawa dirinya sudah menamatkan zaman janda dengan seorang lelaki bernama Ustaz Taufik.

Ziana, 56, menerusi pengurusnya, Alin memberitahu, fotografi pelantun lagu Putus Terpaksa itu yang dimuat naik seorang jurusolek terkemuka tanah air hanya untuk tujuan promosi sebuah projek yang belum tiba masa diperincikan.

“Dengan Ustaz Taufik memang tiada apa-apa hubungan. Bukan adik mahupun kekasih. Dia hanya seorang peminat yang menjalankan perniagaan agensi pelancongan (umrah).

“Ustaz Taufik ini dahulu bapanya pernah buat lagu untuk Ziana. Tapi, saya tak ingat apa tajuknya. Yang tengah tular itu, janganlah fikir dan tebak yang bukan-bukan.

“Ziana sampai sekarang masih sendiri dan solo. Kalau beliau nak kahwin, tidak akan senyap-senyap (nikah) tanpa pengetahuan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Ditanya tentang kesahihan gambar berbusana pengantin dalam sebuah muat naik Instagram, Alin berkata, tiada apa yang perlu dibimbangkan.

“Saya rasa peminat tegar Ziana tahu gambar itu untuk apa. Bukan sedang menanti hari bahagia (kahwin) tetapi demi kelangsungan karier dalam dunia seni.

“Zaman sekarang, kita (artis-artis lama) pun pandai juga bergimik. Nak tak nak, memang perlu ‘join sekaki’. Orang nak berspekulasi, itu terpulang kepada mereka,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Tular dalam media sosial TikTok mengenai satu video memaparkan Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain menerima ucapan tahniah oleh netizen.

Dalam video tersebut, Ziana ditata rias sangat jelita dan turut mengenakan busana putih seperti pengantin.

Malah, kapsyen video tersebut turut mengundang spekulasi yang mendakwa penyanyi bersuara lunak itu bakal mendirikan rumah tangga kali kedua.

Ziana Zain pernah bernikah dengan Armin Zaharin pada Mei 1998 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata namun mereka sah bercerai talak satu pada Julai 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI