fbpx

Lembaga mata berapi tenung kamera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa pengguna media sosial meneka imej tersebut adalah makhluk ghaib mengikut kepercayaan penduduk tempatan. – Facebook

LONDON – Sebuah kamera mod malam yang dipasang untuk mengintip pergerakan hidupan liar di hutan secara tidak sengaja merakam gambar lembaga misteri dengan mata bercahaya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kamera tersebut dipasang di tengah hutan untuk mengesan laluan rusa, namun gambar makhluk sedang merenung ke arah kamera dan berdiri dalam keadaan seperti membongkok itu menjadi perhatian ramai.

“Kamera ini dipasang di hutan dan berfungsi untuk merakam gambar apabila ia (kamera) mengesan pergerakan. Tujuan utamanya adalah merakam gambar rusa dan hidupan liar lain.

“Tiada sesiapa yang berada di situ pada waktu berkenaan dan ia perlu bergerak untuk mematikan kamera,” ujar keterangan dalam hantaran gambar tersebut.

Hantaran itu dimuat naik di kumpulan sembang Facebook, Ghosts of London, manakala ramai pengguna media sosial cuba meneka makhluk tersebut.

Ramai yang berpendapat ia adalah sejenis makhluk ghaib yang dikenali sebagai ‘elemental’ oleh penduduk tempatan.

Beberapa pengguna lain meneka bahawa makhluk itu berkemungkinan adalah ‘wendigo’, iaitu makhluk yang boleh berubah bentuk serta meniru suara manusia yang pernah bertemu dengannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI