fbpx

Laporan forensik kes bunuh Bella 11 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Haikal, hadir ke mahkamah berkaitan kes pembunuhan seorang ibu tunggal, Mila Sharmila atau Bella di Mahkamah Majestret Batu Pahat disini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

BATU PAHAT – Perbicaraan kes bunuh, Mila Sharmilah Samsusah ditangguhkan kepada 11 Mac dan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar kerana laporan forensik masih belum diterima.

Majistret Suhaila Safi’uddin menetapkan tarikh tersebut selepas dicadangkan oleh peguam bela tertuduh, Syahril Anuar dan dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalijah Khalid.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Haikal Mahfuz, 24,  didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Mila Sharmila Samsusah atau Bella yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan di Mahkamah Tinggi.

Bekas posmen itu didakwa membunuh Bella, antara 11 malam, 14 Disember hingga 5.30 pagi, pada 15 Disember, tahun lepas.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di antara Jalan Kelapa Bali, Taman Soga sehingga ke sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Jalan Besar, Tongkang Pechah, Batu Pahat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI