fbpx

Kerajaan pertimbang wajibkan insurans pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempertimbangkan keperluan mewajibkan majikan membuat caruman insurans kepada pekerja asing.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa.

“Setakat ini di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kita (masih) di peringkat mewajibkan pekerja asing mencarum dan langkah seterusnya, lihat pada keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ke-24 (COSH 2024), serta Persidangan Saintifik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kali Keenam (SCICOSH 2024), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, ramai warga asing terutamanya pendatang asing tanpa izin (PATI) gagal melunaskan tunggakan bil perubatan di klinik dan hospital kerajaan mencecah ratusan juta ringgit.

Ia merangkumi kos rawatan bersalin, kecemasan, pemeriksaan pesakit luar serta pengambilan ubat, sama seperti yang dinikmati rakyat tempatan.

Dilaporkan, ada sebahagian warga asing terus lesap selepas mendapatkan rawatan menyebabkan Kementerian Kesihatan (KKM) terpaksa menanggung kerugian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI