fbpx

Kecederaan betis jejas lompatan Andre

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDRE terpaksa berpuas hati dengan catatan 15.78m ketika menyertai kejohanan jemputan di Melbourne baru-baru ini.

KECEDERAAN betis dialami atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar nyata menjejaskan persiapannya menjelang Kejohanan Olahraga Antarabangsa ITM Christchurch di New Zealand pada 24 Februari ini.

Atlet berusia 25 tahun itu masih bergelut dengan kecederaan yang dialami ketika beraksi pada dua kejohanan jemputan di Australia sehingga tidak dapat menunjukkan potensi sebenarnya.

Akibat kecederaan yang dialami, Andrea sekadar me­lakukan catatan 15.79 meter (m) pada kejohanan jemputan di ­Adelaide, manakala aksi di Melbourne menyaksikan dia hanya mencatat 15.78m.

Jurulatihnya, Ahmad Firdaus Salim berkata, kecederaan anak buahnya itu masih belum pulih sepenuhnya sehingga mengganggu rentak latihan pemenang dua pingat emas Sukan SEA ­berkenaan.

“Betis kiri Andre belum pulih sepenuhnya, masih kejang. Kecederaan ini memang mengganggu kerana kita tidak dapat melakukan latihan seperti biasa, perlu tunggu masa untuk pulih sepenuhnya.

“Kita tunggu dan lihat macam mana menjelang kejohanan seterusnya. Saya harap Andre boleh kembali cergas seperti biasa dan mendapatkan semula lompatan terbaiknya di Christ­church nanti,” katanya.

Kecederaan dialami Andre bukan sahaja menjejaskan aksi lompatannya, malah turut memberi kesan terhadap misinya untuk melayakkan diri ke temasya ­Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung Julai depan.

Catatan 15.79m dan 15.78m dilakukan dalam dua kejohanan jemputan di Australia sebelum ini nyata masih jauh jika diban­dingkan dengan penca­paian ­terbaik peribadi (PB) 16.51m.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI