fbpx

Kastam Kedah patahkan cubaan seludup air zamzam RM1.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Izah (tiga dari kanan) menunjukkan air zamzam yang cuba diseludup dari negara jiran pada sidang akhbar di Kompleks Kastam Negeri di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah berjaya mematahkan cubaan menyeludup 5,000 botol air zamzam bernilai RM1.3 juta dari negara jiran dipercayai untuk pasaran negeri ini pada Selasa lalu.

Pengarahnya, Nor Izah Abdul Latif berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai Cawangan Penguatkuasaan Bukit Kayu Hitam bersama pegawai Cawangan Import Eksport melakukan pemeriksaan ke atas sebuah lori kontena.

Katanya, pemeriksaan dilakukan di Bay Pemeriksaan Import, Blok E Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada pukul 11 malam.

“Lori kontena itu dipandu seorang warga Thailand berusia lingkungan 50-an bersama kelindannya berusia lingkungan 20-an

“Setelah melakukan pemeriksaan awal, pasukan mendapati terdapat barangan yang tidak diikrar iaitu 5,000 botol air zamzam dengan isipadu lima liter setiap botol,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kastam Negeri, di sini hari ini.

Menurutnya, modus operandi kegiatan itu adalah dengan menjadikan pelembut pakaian yang diikrar dalam Borang Kastam 1 sebagai ‘dummy’ untuk mengaburi pihak kastam.

“Kotak pelembut pakaian itu disusun penuh di pintu kontena bagi menyukarkan pegawai untuk memeriksa keseluruhan dagangan di dalam kontena,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI