fbpx

Industri bank perlu kekal berdaya saing – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Maybank dan Pelancaran Program Memperkasakan PKS 'myimpact SME Hub' di Menara Maybank, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Industri perbankan negara perlu kekal berdaya saing bagi menangani fenomena tiga ‘C’ iaitu complexity (kerumitan), chaos (kehuru-haraan) dan contradictions (percanggahan) di zaman pasca-normal dewasa ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, memandangkan industri kewangan memainkan peranan penting untuk menyokong ekonomi negara, bank-bank perlu mempunyai kudrat tinggi untuk kekal berdaya tahan dengan tiga C tersebut.

Menurutnya, lebih penting adalah untuk mempunyai sifat manusiawi serta ihsan agar dengan melindungi rakyat daripada peredaran deras dibawa oleh tiga C.

“Permasalahan politik dan peperangan, Ukraine dan Russia misalnya, serangan ganas rejim Zionis, cabaran iklim yang dahsyat serta penghijrahan rakyat jutaan orang yang menyebabkan isu tiga C ini.

“Justeru, tidak boleh ‘standard’ lama yang mana ia menuntut kepada pengurusan yang peka. Kalau betul mahu menjadikan industri ini hebat, dikagumi, menjana pertumbuhan dan tarik minat pelaburan, (justeru) kepantasan, kelajuan, peningkatan operasi dan keberhasilan… bank perlu ambil segera,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada pelancaran Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Maybank dan Pelancaran Program Memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), ‘myimpact SME Hub’ di Menara Maybank di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar mengingatkan bank-bank bahawa mereka perlu menggalas tanggungjawab untuk bersama kerajaan menjayakan reformasi ekonomi diketengahkan dalam Ekonomi Madani.

Katanya, kerangka ini berhasrat untuk membawa transformasi ekonomi dengan menjulang nilai ekonomi dalam rantaian bekalan dunia serta menambah baik kemampanan ekonomi negara.

Beliau berkata, kerangka tersebut juga memberi tumpuan kepada tiga industri untuk menangkat darjat negara iaitu, peralihan tenaga, keterjaminan makanan dan transformasi perindustrian dan pembuatan.

Sementara itu, pada majlis hari ini, Anwar melancarkan ‘myimpact SME Hub’ iaitu inisiatif diperkenalkan Maybank bagi meningkatkan daya saing PKS di rantaian bekalan global dengan menyediakan ekosistem holistik perbankan dan melangkau perbankan.

Inisiatif itu juga menyokong penuh pembangunan industri halal dengan ketersediaan Maybank Halal Solutions.

Selain itu, Maybank bersama-sama rakan kongsi peneraju industri menyasarkan untuk memperkasa PKS di Malaysia yang mana pada masa ini, kira-kira 1.2 PKS di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI