fbpx

Hujan, ribut petir di Sarawak sehingga pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan penumpuan angin dijangka berlaku di bahagian tengah dan selatan Sarawak.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca katanya, keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut.

Jelasnya keadaan itu dijangka berlaku terutama pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga awal pagi.

“Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang turut berpotensi berlaku di beberapa tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung serta Sabah.

“MetMalaysia turut menjangkakan cuaca kering dan panas di negeri-negeri utara Semenanjung dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Sementara itu, MetMalaysia turut melaporkan pembentukan awan aktif yang berlaku ketika ini menyebabkan keadaan cuaca yang agak lembap pada sebelah petang nanti.

Susulan itu, dijangka keadaan hujan akan terbentuk di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan seterusnya bergerak ke arah barat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI