fbpx

429,000 pegawai pendidikan boleh akses SiPP perkasa kompetensi digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

PUTRAJAYA – Sebanyak 429,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bakal memperoleh manfaat melalui platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi memperkasa kompetensi digital.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan berkata, sistem itu yang dilancarkan pada 7 Februari lalu menyediakan akses kepada golongan berkenaan untuk mendapatkan bahan latihan, kursus dan sumber-sumber pembelajaran sepenuhnya melalui peranti masing-masing secara dalam talian atau luar talian.

Katanya, platform itu mengandungi lebih 20,000 kandungan termasuk 15,000 e-book, 4,000 video, 3,000 kursus, 400 latihan makmal dan 40 sijil profesional.

“Teknologi kecerdasan buatan (AI) yang digunakan dapat membantu mengesan kecenderungan pengguna dengan memberi cadangan modul pembelajaran yang bersesuaian dengan kecenderungan masing-masing.

“Menerusi penggunaan SiPP, PPP akan dibimbing secara sistematik tanpa menghilangkan ciri-ciri keseronokan ketika mengikuti sesi pembelajaran,” katanya.

Jelas KPM, PPP berpeluang mendapat pengiktirafan dalam bentuk pengurniaan lencana dan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabagsa seperti Microsoft, Cisco, CompTIA, RedHat, Tosa, AWS dan PMI-ACP setelah melengkapkan modul pembelajaran.

SiPP boleh dilayari melalui Modul Individu Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) dengan kekunci masuk menggunakan ID Guru Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI