fbpx

Pelancong KL lemas ditarik ombak di Pantai Batu Burok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mencari Zulkarnain yang dikhuatiri lemas apabila ditarik ombak di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU – Keseronokan seorang lelaki bersiar-siar bersama keluarganya di gigi pantai bertukar tragedi apabila dia dikhuatiri lemas apabila ditarik ombak di Pantai Batu Burok di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.31 pagi tersebut, mangsa, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, ditarik ombak besar musim tengkujuh itu sambil disaksikan isterinya, Nora Elina Abdul Khalit, 44, dan dua anak mereka.

Pegawai Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Yusmizan Yusof berkata, sepasukan 13 anggota bomba termasuk
pasukan penyelamat di air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kes lemas tersebut.

“Sebelum kejadian, mangsa bersama keluarganya berasal dari Kuala Lumpur yang bercuti di negeri ini sejak Jumaat lalu sedang berkelah di tepi pantai berkenaan.

“Mereka dikatakan kemudiannya bersiar-siar di tepi pantai sebelum tiba-tiba datang ombak besar yang menarik mangsa ke tengah laut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Yusmizan berkata, gerakan mencari Zulkarnain sedang giat dilakukan dalam radius 20 meter dari kawasan pesisir pamtai.

Tambah beliau, setakat ini, operasi menumpukan pencarian di permukaan air.

“Kita berdepan cabaran dalam pencarian di air ini ekoran ombak besar dan arus kuat pada penghujung Monsun Timur Laut ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI