fbpx

Masih ramai peniaga degil di Tasik Titiwangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekeping gambar yang dikongsi di X memaparkan seorang peniaga masih berdegil berniaga di petak parkir.

PETALING JAYA – Seorang wanita melahirkan rasa kesal apabila masih ada peniaga yang degil berniaga di tempat letak kenderaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa.

Melalui perkongsian di akaun X seorang pengguna dikenali sebagai Hasyimah, dia terkejut apabila terdapat seorang peniaga yang membuka meja untuk berniaga di sebelah kenderaannya semasa beriadah di tasik berkenaan semalam.

“Pagi ini pergi berjalan di Titiwangsa, pukul 8 pagi dah sampai. Lepas satu pusingan, dalam 8.15 pagi saya pergi ke kereta untuk ambil air. Ada orang ‘set up’ meja betul-betul sebelah kereta saya.

“Parking ketika itu penuh, jadi meja dia rapat dengan kereta saya. Saya tanya nak buka meja di sini ke? Dia kata ya. Saya kata belum nak keluar, dia kata tak apa” katanya.

Menurut hantaran itu lagi katanya, dia terkejut apabila datang semula ke kenderaannya satu jam kemudian dan mendapati peniaga tersebut sudah siap memasak.

“Dengan dapur gas tepi tayar kereta saya. Dalam pukul 9 pagi dah ramai peniaga ‘conquer’ parking, kalau petang lagilah,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna menggesa agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan lebih tegas terhadap peniaga-peniaga yang degil.

“Wah hebatnya peniaga di situ boleh suka-suka masak tepi kereta orang,” kata Firdaus.

“Teringat ada peniaga ini dia persoalkan dalam FB taman kito rang. Dia cakap sepatutnya pukul (sekian sekian) kereta dah tak boleh park kat situ sebab menyusahkan peniaga nak setup khemah meja meniaga diorang,” kongsi Ira.

“Kena ada anggota DBKL buat rondaan lebih kerap, sebab mereka macam tak makan saman,” kata Belle. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI