fbpx

Kuala Kangsar, Sepang dan Beaufort catat suhu lebih 35 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dua daerah di Semenanjung serta satu kawasan di Sabah mengalami cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) setakat pukul 4.30 petang tadi.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dua daerah yang terlibat di Semenanjung adalah Kuala Kangsar, Perak dan Sepang di Selangor.

“Terdapat satu kawasan di Sabah berada pada tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Beaufort,”ujar MetMalaysia.

Menurut MetMalaysia, bagi cuaca panas tahap satu ini suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI