fbpx

Komplikasi teruk, Tom timang anak perempuan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAMAT bersalin awal pagi tadi, Tom menamakan anak perempuan sulungnya, Anggun.

PETALING JAYA – Selepas melalui pelbagai komplikasi kehamilan, penyanyi Tom selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di Hospital Sungai Buloh pada pukul 2.30 awal pagi tadi.

Lebih manis, Tom atau nama penuhnya Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, tidak merahsiakan wajah comel dan bayi perempuannya yang diberi nama Anggun itu.

“Saya sudah cuba bersalin normal tetapi terpaksa melakukan pembedahan sebab banyak komplikasi.

“Ini kali pertama dikurniakan anak perempuan, rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah bayi sihat,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga teruja melihat keseronokan suaminya yang juga penyanyi, Fuad Rahman teruja menerima anak perempuan.

“Anggun manja dengan bapanya. Syukur dapat lahirkan bayi perempuan untuk Fuad,” katanya lagi.

Tom sebelum ini pernah berkongsi mengalami beberapa kompilikasi seperti gula dalam darah tinggi, berat badan kurang dan bayi agak besar sehingga disarankan untuk bersalin lebih awal.

Terdahulu, Tom dan Fuad yang juga merupakan bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan selamat mendirikan rumah tangga di Batam, Indonesia pada 25 Februari tahun lalu.

Sebelum ini, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.

Sementaram Fuad pula pernah bernikah sebanyak dua kali dan memiliki dua orang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI