fbpx

Hujan, ribut petir di Pulau Pinang, Perak sehingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Perak akan mengalami hujan lebat berserta ribut petir sehingga tengah hari nanti.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) antara kawasan terjejas di Pulau Pinang adalah sekitar Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Bagi negeri Perak pula, ia melibatkan daerah Kerian dan Manjung,” ujar MetMalaysia.

Tambahnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI