fbpx

Cuaca panas tidak jejaskan tanaman padi di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cuaca panas tidak menjejaskan tanaman padi di Kedah. - Gambar hiasan

ALOR SETAR – Cuaca panas dengan suhu maksimum harian mencecah 37 darjah Celsius di negeri ini tidak memberi kesan terhadap tanaman padi di kawasan Muda pada musim ini yang dijangka selesai pada penghujung Mac ini.

Menurut Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), pihaknya bagaimanapun sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya keadaan El-Nino ini berlarutan seperti ramalan dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Katanya, setakat hari ini, prestasi kemajuan tanaman padi untuk musim kedua (2/2023)  mencatatkan aktiviti penanaman mencapai 99.3 peratus melibatkan kawasan seluas 100,011 hektar.

“Sebanyak 80.3 peratus tanaman padi dengan keluasan 80,831 hektar kini sudah di peringkat berbunga.

“Manakala 38 peratus tanaman padi bagi keluasan 38,282 hektar telah masak dan 12.1 peratus tanaman padi bagi keluasan 12, 208 hektar telah dituai di kawasan Muda,” ujarnya.

Katanya, jumlah turunan hujan di Kawasan Muda merekodkan bacaan lebih rendah iaitu 12 milimeter (mm) berbanding purata turunan hujan 20 tahun iaitu 47mm.

“Namun begitu, jumlah takungan air membabitkan Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Ahning kini masih berada pada paras selesa dan mencukupi bagi menampung keperluan sumber pengairan untuk aktiviti penanaman padi bagi musim ini.

“Purata jumlah tangkungan air bagi ketiga-tiga empangan ini adalah sebanyak 75.88 peratus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI