fbpx

BATC 2024: Zii Jia tidak beraksi di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA

SHAH ALAM – Cabaran sukar dihadapi skuad badminton lelaki negara apabila tidak dapat menggunakan khidmat perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 menentang China hari ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan perkara tersebut apabila badan induk itu mengeluarkan senarai pemain final yang menyaksikan Zii Jia tidak berada dalam skuad menerusi laman media sosial Facebook.

Ketiadaan Zii Jia adalah disebabkan pemain profesional itu belum pulih daripada masalah resdung yang dialami selepas aksi separuh akhir bertemu Jepun semalam.

“Selepas tamat perlawanan semalam, Zii Jia berdepan masalah pernafasan kerana masalah resdung yang dialami dan dia tidak sempat pulih daripada masalah tersebut. Semoga Zii Jia cepat sembuh,” kata BAM.

Justeru, tugas perseorangan pertama negara diambil alih Leong Jun Hao, diikuti Eogene Ewe dan Muhammad Haikal Nazri manakala beregu lelaki digalas Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI