fbpx

‘Bang Sonny’ selamba sarung pelikat sambil memasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan Sonny sedang menyediakan bekal makanan.

PETALING JAYA – Aksi bekas pemain ragbi kebangsaan New Zealand, Sonny Bill Williams memakai kain pelikat mendapat pujian pengguna media sosial.

Menerusi satu klip video yang dikongsi di laman Instagramnya, Sonny dilihat tidak kekok mengenakan kain pelikat berwarna biru sambil menyediakan bekal makanan untuk anak-anaknya.

Difahamkan Sonny terpaksa menyediakan bekal makanan itu selepas dicabar oleh peminatnya untuk memasak kurang daripada 30 minit.

Bagaimanapun, menerusi klip video terbabit, Sonny berjaya membuktikan dia berjaya menyahut cabaran itu dan menyiapkannya dalam tempoh 15 minit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji aksi Sonny mengenakan kain pelikat sambil memasak dan menggelarnya sebagai ‘Bang Sonny’.

“Wei pakai kain pelikat kau bang,”tulis @apeacehussien.

“Pandai pulak pakai kain pelikat,”kata @fatin_ahmad.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @aliyamaisarah

“Sangat seronok lihat Sonny memakai kain pelikat, langsung tidak kekok. Selamat datang ke Malaysia,”ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Sonny tiba di Malaysia Jumaat lalu bagi mengikuti satu program kerohanian yang berlangsung dua hari bermula Sabtu.

Untuk rekod, Sonny memeluk Islam pada tahun 2008 di Perancis sekali gus menjadi muslim pertama yang bermain ragbi untuk pasukan All Blacks. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI