fbpx

Ali Puteh, Nur Hidayah sudah-sudahlah!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ali Puteh (kiri) dan kakak iparnya, Hidayah.

BERTAHUN-tahun dengar cerita sama, bertelagah dalam media sosial, isu hutang dan bayar saman.

Sampai naik muak dan penat netizen termasuk Diva hendak hadap masalah sama berulang kali mengenai Ali Puteh dan kakak iparnya, Hidayah.

Sejak arwah Abam meninggal dunia pada 2020, tidak putus-putus cerita negatif mengenai ahli keluarganya membanjiri media sosial dan semuanya tentang harta.

Saling tuduh-menuduh sehinggakan tidak tahu siapa yang berada di pihak yang benar atau salah.

Terbaharu, Diva terbaca Ali sanggup menjual asetnya termasuk kereta, motosikal dan trofi kemenangan untuk melunaskan bayaran saman kepada Hidayah.

Moga selepas ini semua cerita negatif tentang mereka akan tamat dan tiada lagi isu berbangkit. Berdamailah ya, jangan terlalu ego.

Jangan pula timbul cerita lain, hendak saman lagi pula, penat! Hidayah pula berhentilah sengaja cetuskan gimik hendak nikah atau bertunang, kasihan ramai yang kena tipu hidup-hidup.

DIVA: Kalau hendak jadi artis, mental perlu kuat. Kalau jiwa tak kental, karier senang musnah dan mudah bergaduh dengan orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI