fbpx

UiTM pertahan kejuaraan Liga IPT kali ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN UiTM meraikan kejayaan mereka mengungguli LBSIPT musim 20232024 di Stadium UiTM, Shah Alam, hari ini. Foto SYAKIR RADIN

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus membuktikan status kuasa bola sepak universiti apabila menjuarai Liga Bola Sepak IPT (LBSIPT) musim 2023/2024, sekali gus buat kali ketujuh berturut-turut.

Kejayaan itu hadir selepas UiTM seri 1-1 dengan pasukan di tangga kedua, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada aksi terakhir di Stadium UiTM, di sini hari ini.

Dalam aksi itu, UKM terlebih dahulu mengejutkan pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol pada minit kedua melalui pemain pertahanan, Muhammad Akmal Afnan Shahridzan.

Namun, UiTM berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-31 melalui penyerangnya, Muhammad Fakhrur Razi Khairi Anuar selepas berjaya memanfaatkan keadaan kucar-kacir dalam kawasan penalti UKM.

Keputusan itu membolehkan UiTM berjaya mengungguli LBSIPT 2023/2024 dengan mengutip 32 mata dan lebih membanggakan apabila tidak pernah kalah dalam semua 12 perlawanan yang ditempuhi.

UKM pula mengutip 26 mata di tangga kedua, manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) menduduki tempat ketiga dengan 21 mata.

Jurulatih UiTM, Mohd. Yazli Yahya berbangga dengan pencapaian mereka musim ini sambil menegaskan bahawa kekuatan setiap pemain adalah resipi kejayaan dicapai pasukannya.

“Musim kali ini saya menggunakan kesemua 30 pemain yang ada bagi memberikan pendedahan aksi kompetitif peringkat universiti kepada mereka.

“Alhamdulillah, mereka berjaya merencanakan apa yang saya mahukan dalam setiap perlawanan.

“Cumanya kali ini pasukan saya tidak konsisten seperti musim lalu dari segi mutu permainan pada setiap perlawanan. Jadi, aspek ini saya akan titikberatkan untuk LBSIPT musim 2024/2025 nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI