KUALA LUMPUR – Tiga rumah teres satu setengah tingkat musnah dalam kebakaran di Taman Gembira, Seputeh, di sini pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.09 pagi sebelum menghantar jentera ke lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba Seputeh TPgB II, Armdan Mahat berkata, kejadian tersebut menyebabkan sebuah rumah musnah 100 peratus, manakala kediaman di sebelah kiri dan kanan terjejas sekitar lima peratus.
“Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 6.06 pagi. Tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE