fbpx

Tiga polis redah sungai bawa peti undi pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga polis itu dibantu beberapa penduduk kampung ketika menyeberangi sungai. - Detik

JAKARTA, Indonesia – Tiga anggota polis tular di media sosial kerana meredah arus sungai yang deras sambil memikul peti undi pilihan raya umum Indonesia (Pemilu 2024), lapor laman berita Detik.

Pegawai polis Tompobulu, Nassar berkata, dia dan dua rakannya menyeberangi sungai di daerah Maros, Sulawesi Selatan semalam.

Ketika kejadian, mereka memikul peti undi pilihan raya dari Dusun Makmur dan Dusun Bara menuju ke pejabat mukim.

Menurut Nassar, mereka pada awalnya menggunakan motosikal namun berlaku kerosakan ketika melalui kawasan yang agak curam.

Mereka kemudian memutuskan untuk menyeberang sungai di Kampung Bonto Manurung. Beberapa penduduk kampung juga berusaha membantu mereka menyeberang sungai itu.

“Kedalaman sungai mencecah antara 70 sentimeter hingga 1 meter. Lebar sungai pula kurang 30 meter. Laluannya licin dan arusnya deras,” katanya. 

Ketua Polis Daerah Maros, Awaludin Amin berkata, dengan ketibaan peti undi yang dibawa dari dua buah kampung itu, peralihan logistik pilihan raya ke pejabat mukim telah selesai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI